Fikir, Tulis, Post
>> Sunday, November 15, 2009
Kesian betul nasib the63s... Sebelum ini okay jer blog posts mereka... Namun, nilai blog itu telah jatuh kepada antara yang paling rendah apabila slh sorg contributer mereka telah menjolok sarang tebuan dengan buat statement anti-negeri itu... Pendek kata kerana nila setitik, rosak susu sebelanga itu memang tepat penggunaannya utk blog itu kali ini... Huhu... Kesian juga sbb manusia mmg biasa judge sbb 1 benda yg salah, habis semua yg baik2 dilupakan... Kiranya nampak yg x baik jer lah apabila dah terpalit...
kini, blog itu dianggap ada hutang explaination dgn ramai org di dunia cyber ini... malah mungkin ia akan merebak ke ruangan forum yang lain pula... mungkin lebih teruk dia boleh dikenakan tindakan (boleh ker??) kerana blog itu jadi wadah yang telah memulakan api bagi membakar rasa marah dan mencurah rasa benci...
maybe analogi tentang keadaan di post the63s kali ini seperti "tetiba rumah kita dibakar orang", apa yang kita akan rasa agak2nya?
Dari komen2 yang dibaca memang hot dan tak kurang juga ada yang cuba utk cool down the situation... Kupasan komen2 itu lebih menarik utk dibaca berbanding dengan apa yg ditulis oleh blog itu under tajuk "Saya Benci Kelantan" yang agak BERBAU... memang ada yg boleh diterima tp ada juga yg boleh disangkal... Masalahnya byk isu yg boleh disangkal menyebabkan penulis itu mungkin kelihatan dangkal, kalah dengan emosi sendiri bg pengunjung blog...
Sy sendiri yg kacuk kelate ni pun ada rasa hot itu tika musim winter ini... Apatah lagi yg pure kelate... Tapi malas nak ada rasa marah utk luahan beremosi itu... Sia-sia shj layan entri macam tue... lagipun isi didlmnya menyatakan segelintir sahaja yg terlibat... cuma tajuk yg diberi itu memang mengecewakan...
Kadang2 kt komen apa2pun, kalau dia tetap pegang "A", sampai bila2 lah kepala dia akan ingat dan faham "A" saja... Tapi kdg2 komen kita tue boleh juga ubah "A" itu kepada "B"... sekurang-kurangnya boleh beri peluang agar anjakan pemikiran itu berlaku... maybe bagi ke2-2 pihak, penulis dan pemberi komen...
Petikan komen2:
"geleng kepala jew waktu baca tajuk entry.. lagu blog bukan main astagfirullah tapi entry benci itu benci ini x berasas!! malu la skit..."
"jangan sbb nila setitik, rosak susu satu belanga. mengeluarkan statement begitu boleh menimbulkan kekecohan dan ketidaksepaduan masyarakat"
"tengokla ape pandangan org lain kat kita warga klate..jadikan ikhtibar dan jgn asyik nak salahkan org lain jer sampai kita buta nak tgk kebenaran..."
"biar dibenci asalkn x bnci org ln sesama islam..."
"U sure are full of hatred!"
"take his view as a good reminder cant you?
"drp tulisan suadara, telas jelas lg bersuluh bhwa sudara pun sebnarnya xtau apa itu semngat assabiyah..jgn lah menghukum manusia dgn hati yg BUTA.."
"if you live for years and years being generally hated and negatively judged by the rest of malaysia, you'd understand why we stick together most of the time"
"let's take one strong example. kte tau psal how the west perceive muslims. dorg anggap kte terrorist. kte jahat... they hate us. eventhough kte sme sedar yg not all muslims mcm tu. ade a few misguided ones je yg dh buat dorg slah paham and come to the conclusion yg all muslims jahat. and dorg pun dah slah paham towards our religion. so, my point is, don't stoop to their level. aku org sngor n aku ade rmai membe2 kelantan. yes, aku xpaham kalo dorg dok berckp bahasa dorg, but it still doesn't prevent me from being their friends."
---------
Cuma 1 jer lah apb jmpa blogger itu maybe akan terfikir, apalah lagi perkara yg dia benci dgn org kelantan ini... dan berapa ramai lagi yang benci kelantan seperti dia berada di sekeliling kita ini... apalah agaknya kategori yg kt dpt...
Betullah kata org.. kalo nk blog itu dikunjungi, buat byk2 provokasi... It works like... Cuma sayang jika provokasi itu digauli dengan emosi... dan tiada fakta utk backup... memang akan nampak murahan dan bodoh lah jadinya... tentang emosi pula, standard lah lelaki ke perempuan ke tetap ada emosi sebab sama2 manusia... Atas berani ke tidak jek utk luahkan... Dari segi penggunaan kata dan susunan ayat pun penting juga... Silap haribulan boleh buat orang salah faham, sensitiviti terusik dsbnya...
Tapi apa2pun... sesetengah blogger tetap sesetengah blogger... yang sering menekankan ini free space to shout out anything... aka konsep sukahatiakulahnaktulisapa...
Pendapat sendiri, konsep sukahatiakulahnaktulisapa itu tetap ada hadnya... Kerana kita hidup di atas satu bumi yang sama... judgement day yang sama juga akan dihadiri kelak... Sendiri2 ingat2 lah... (*peringatan buat diri juga)
Tentang blog WC ini, aku memang sedia maklum orang tak faham apa yang aku tulis... Ini diakui oleh orang2 terdekat.... :) Sorry tau kalau ada apa2 yg x enak... Please let me know k kalau ada apa2 yg x ok... Sbb kdg2 kt terlepas pandang juga kesalahan sendiri... Sbb itu teguran itu penting kan... Supaya jadi lebih baik... Cuma cara tegur itu biarlah berhemah... barulah ada win-win situation... Ilike :) dan orang yang berani menegur kawan sendiri itulah kawan yg baik... Sekali lagi, mohon maaf ats silap dan salah... jika ada yg x jelas, insyaALLAH boleh jelaskan... Sama2 tegur-menegur k...
Marilah bersama-sama... Jangan difikirkan perbezaan tetapi carilah persamaan... Dari situ akan mula persefahaman yang membantu merapatkan jurang perbezaan... Tak perlu lah bertelingkah, yg membuatkan kita makin lemah... Sampai bila? Sampai bila ia perlu berterusan... Ingat juga perubahan itu juga perlukan pengorbanan... yang kadangkala kita tak suka tapi ia beri impak yg lbih baik utk smua org... kadangkala kita tahu tapi x nk sbb dh selesa dgn keadaan sediakala... hrp kita berlapang dada dlm segala hal, bukannya mndabik dada...
OK, sebelum nak letak titik noktah... Sy mengaku yg sy masih berasa panas, bengang dan terasa bahang akan post itu tetapi ianya tidak bermakna marah... maybe geram itu ada... that's all... peace no war :) x nk gaduh2, x nk benci2... love r more essential... love
nota kaki: perasaan apabila post menjadi perbualan? tak selesa...urm...nak tulis ttg fotografi jer lah...





0 comments:
Post a Comment