Blog Widget by LinkWithin

Warkah Cinta...

.
Sekiranya kita cinta kepada manusia
Tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
.

Sekiranya kita cinta kepada manusia
Kita akan cemburu kepada orang yang menyintai mereka yang kita cintai
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
Kita akan turut menyintai mereka yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga
.
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku kepadaMu

.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling padaMu

.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindu syahid dijalanMu..

.
Amin Ya Rabbal Alamin..


This is a poem written by Aminah Qutb dedicated to her husband.

And this is also my du'a for my jodoh yang masih belum sampai... Amin!

Let's Speak Up

Tak Sabar

>> Monday, November 16, 2009

Tak sabar nak balik sebab dah ada rasa bosan dengan cara hidup sekarang nie... Hari-hari buat benda yg sama shj... tak adventure langsung... boring seh!!! ada hobi tapi cuaca lak tak menentu tak sedap juga nk beraktiviti... risau rosak tools pun ada juga... lagi pun di sini xder sgt org yg sama passion... bosan juga... lagi satu nak ke mana2 pun kena berkaki... kalau di malaysia ada car key... huhu... rindu nak drive kereta mcm zaman degree dulu... gie universiti drive kereta... nak gi fakulti lain, drive kereta... heee.. tahu ianya dlm kawasan yg sama... di sini jauh mana pun kena menapak kaki... rindu juga nak tido atas sofa depan tv... ye, sy suka tido ats sofa dr ats katil... tiba waktunya tv yg tgk diri ini... huhu... sorry ma ayah... elektrik mengalir... uwaaaaaa... nak balik! nak balik! (siapkanlah keje tue kalo ye pun nak balik!!!)

sy dh bosan tiap2 hari buat rutin yg sama shj... bangun, solat, mandi, masak, makan, keje sekolah, tido... serius bosan... macam robot pun ada... tiada variasi... tiada warna-warni... ya pernah ada warna-warni itu... tp x tahu dah ia menghilang ke mana... salah sendiri biarkan ia berlalu pergi... blame me...

apa2pun...
sy rindu nk berada di samping keluarga tersayang...
sy rindu nk keluar bertiga dgn ma ayah...
sy rindu nk keluar berdua, bertiga, berempat, berlima, berenam dgn adk2 smbil mereka mjd model2 sy...
sy rindu nk berada di tempat yg sume bende bukan rahsia... iaitu umah sy! KT KB i missed both of u...
sy rindu nk buli adik ipar dan bakal2 adik ipar...
sy rindu nk suasana umah bising...
sy rindu nk berebut remote tv, kereta, PS2, hugs ma ayah dgn adk2...
sy rindu nk ada bodyguard setiap kali keluar dr umah...
sy rindu nk suasana kelam kabut ambil adik dr sekolah, htr ma pergi kerja, ambil ayah dr sekolah...
sy rindu nk balik umah KB tiap2 hujung minggu dan mkn buah dr pokok2 ayah tanam dan makan masakan ma...
sy rindu nk main boling, karaoke, fighting, snooker, dance dgn adk2... heee...tue sume di umah tau...except bowling...
sy rindu nk bersama2 dgn cousin2 juga...
sy rindu nk tido atas sofa yg ma beli sbb sy berkenan itu..
sy rindu nk adk2 kemaskan brg2 sy yg bersepah-sepah itu...
sy rindu nk lukis pelan2 rumah...
sy rindu nk drive long journey, convoy...
sy rindu nk masak yg pelik2 utk family...
sy rindu nk hang out dgn kwn2 yg memang sempoi...
sy rindu nk buat benda2 yg gila2 dgn adik2, parent, cousin, kwn2...
sy rindu nk alami aktiviti2 baru..
sy rindu nk ada challenge...
sy rindu nk balik umah...
dan ya..
sy rindu nk jmpa doktor ortho, ahli physio dan gi physiotheraphy seminggu sekali... (sakit laaa xder treatment kat sini...ermmm...)

mungkin bg sesetengah org apa yg sy rindui itu tidak penting pun.. tak kisahlah... yg sy tahu itulah atr perkara yg sy rindui, perkara2 yg chances nya utk dialami disini adlh rendah...


nota kaki: bila blik nanti, apa yg akn sy rindu pula tentang cork? hmm...

Read more...

Fikir, Tulis, Post

>> Sunday, November 15, 2009

Kesian betul nasib the63s... Sebelum ini okay jer blog posts mereka... Namun, nilai blog itu telah jatuh kepada antara yang paling rendah apabila slh sorg contributer mereka telah menjolok sarang tebuan dengan buat statement anti-negeri itu... Pendek kata kerana nila setitik, rosak susu sebelanga itu memang tepat penggunaannya utk blog itu kali ini... Huhu... Kesian juga sbb manusia mmg biasa judge sbb 1 benda yg salah, habis semua yg baik2 dilupakan... Kiranya nampak yg x baik jer lah apabila dah terpalit...

kini, blog itu dianggap ada hutang explaination dgn ramai org di dunia cyber ini... malah mungkin ia akan merebak ke ruangan forum yang lain pula... mungkin lebih teruk dia boleh dikenakan tindakan (boleh ker??) kerana blog itu jadi wadah yang telah memulakan api bagi membakar rasa marah dan mencurah rasa benci...

maybe analogi tentang keadaan di post the63s kali ini seperti "tetiba rumah kita dibakar orang", apa yang kita akan rasa agak2nya?

Dari komen2 yang dibaca memang hot dan tak kurang juga ada yang cuba utk cool down the situation... Kupasan komen2 itu lebih menarik utk dibaca berbanding dengan apa yg ditulis oleh blog itu under tajuk "Saya Benci Kelantan" yang agak BERBAU... memang ada yg boleh diterima tp ada juga yg boleh disangkal... Masalahnya byk isu yg boleh disangkal menyebabkan penulis itu mungkin kelihatan dangkal, kalah dengan emosi sendiri bg pengunjung blog...

Sy sendiri yg kacuk kelate ni pun ada rasa hot itu tika musim winter ini... Apatah lagi yg pure kelate... Tapi malas nak ada rasa marah utk luahan beremosi itu... Sia-sia shj layan entri macam tue... lagipun isi didlmnya menyatakan segelintir sahaja yg terlibat... cuma tajuk yg diberi itu memang mengecewakan...

Kadang2 kt komen apa2pun, kalau dia tetap pegang "A", sampai bila2 lah kepala dia akan ingat dan faham "A" saja... Tapi kdg2 komen kita tue boleh juga ubah "A" itu kepada "B"... sekurang-kurangnya boleh beri peluang agar anjakan pemikiran itu berlaku... maybe bagi ke2-2 pihak, penulis dan pemberi komen...

Petikan komen2:

"geleng kepala jew waktu baca tajuk entry.. lagu blog bukan main astagfirullah tapi entry benci itu benci ini x berasas!! malu la skit..."

"jangan sbb nila setitik, rosak susu satu belanga. mengeluarkan statement begitu boleh menimbulkan kekecohan dan ketidaksepaduan masyarakat"

"tengokla ape pandangan org lain kat kita warga klate..jadikan ikhtibar dan jgn asyik nak salahkan org lain jer sampai kita buta nak tgk kebenaran..."

"biar dibenci asalkn x bnci org ln sesama islam..."

"U sure are full of hatred!"

"take his view as a good reminder cant you?

"drp tulisan suadara, telas jelas lg bersuluh bhwa sudara pun sebnarnya xtau apa itu semngat assabiyah..jgn lah menghukum manusia dgn hati yg BUTA.."


"if you live for years and years being generally hated and negatively judged by the rest of malaysia, you'd understand why we stick together most of the time"

"let's take one strong example. kte tau psal how the west perceive muslims. dorg anggap kte terrorist. kte jahat... they hate us. eventhough kte sme sedar yg not all muslims mcm tu. ade a few misguided ones je yg dh buat dorg slah paham and come to the conclusion yg all muslims jahat. and dorg pun dah slah paham towards our religion. so, my point is, don't stoop to their level. aku org sngor n aku ade rmai membe2 kelantan. yes, aku xpaham kalo dorg dok berckp bahasa dorg, but it still doesn't prevent me from being their friends."

---------

Cuma 1 jer lah apb jmpa blogger itu maybe akan terfikir, apalah lagi perkara yg dia benci dgn org kelantan ini... dan berapa ramai lagi yang benci kelantan seperti dia berada di sekeliling kita ini... apalah agaknya kategori yg kt dpt...

Betullah kata org.. kalo nk blog itu dikunjungi, buat byk2 provokasi... It works like... Cuma sayang jika provokasi itu digauli dengan emosi... dan tiada fakta utk backup... memang akan nampak murahan dan bodoh lah jadinya... tentang emosi pula, standard lah lelaki ke perempuan ke tetap ada emosi sebab sama2 manusia... Atas berani ke tidak jek utk luahkan... Dari segi penggunaan kata dan susunan ayat pun penting juga... Silap haribulan boleh buat orang salah faham, sensitiviti terusik dsbnya...

Tapi apa2pun... sesetengah blogger tetap sesetengah blogger... yang sering menekankan ini free space to shout out anything... aka konsep sukahatiakulahnaktulisapa...

Pendapat sendiri, konsep sukahatiakulahnaktulisapa itu tetap ada hadnya... Kerana kita hidup di atas satu bumi yang sama... judgement day yang sama juga akan dihadiri kelak... Sendiri2 ingat2 lah... (*peringatan buat diri juga)

Tentang blog WC ini, aku memang sedia maklum orang tak faham apa yang aku tulis... Ini diakui oleh orang2 terdekat.... :) Sorry tau kalau ada apa2 yg x enak... Please let me know k kalau ada apa2 yg x ok... Sbb kdg2 kt terlepas pandang juga kesalahan sendiri... Sbb itu teguran itu penting kan... Supaya jadi lebih baik... Cuma cara tegur itu biarlah berhemah... barulah ada win-win situation... Ilike :) dan orang yang berani menegur kawan sendiri itulah kawan yg baik... Sekali lagi, mohon maaf ats silap dan salah... jika ada yg x jelas, insyaALLAH boleh jelaskan... Sama2 tegur-menegur k...

Marilah bersama-sama... Jangan difikirkan perbezaan tetapi carilah persamaan... Dari situ akan mula persefahaman yang membantu merapatkan jurang perbezaan... Tak perlu lah bertelingkah, yg membuatkan kita makin lemah... Sampai bila? Sampai bila ia perlu berterusan... Ingat juga perubahan itu juga perlukan pengorbanan... yang kadangkala kita tak suka tapi ia beri impak yg lbih baik utk smua org... kadangkala kita tahu tapi x nk sbb dh selesa dgn keadaan sediakala... hrp kita berlapang dada dlm segala hal, bukannya mndabik dada...

OK, sebelum nak letak titik noktah... Sy mengaku yg sy masih berasa panas, bengang dan terasa bahang akan post itu tetapi ianya tidak bermakna marah... maybe geram itu ada... that's all... peace no war :) x nk gaduh2, x nk benci2... love r more essential... love


nota kaki: perasaan apabila post menjadi perbualan? tak selesa...urm...nak tulis ttg fotografi jer lah...

Read more...

Entahlah Labu....

Ingat tak kenapa saya wonder orang di sini jarang mandi? Hehe. Simple tapi sibuk2 nak wonder. Saja2 nak tulis sebelum memori yang saya ada ini luput. Kadang2 yang kecil2 ini juga bernilai untuk diingati.

Di sini baru ku biasa guna dryer... Walaupun ia mahal tetapi ia memang diperlukan... Jika takde, x tahulah sampai bila pakaian perlu dijemur... Di sini jemuran di letak di dalam bilik kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan... biasanya akan ada rasa perit dengan bau sabun pakaian yang baru dicuci utk 15minit yg pertama itu... Maybe di sini suhu rendah sgt, sumer benda jadi concentrated mcm juga bunyi... Tak kalis bunyi pun rumah2 kat sini... Hehe... Tak leh lah nak memekak, nanti jiran mengaum... Sebut tentang jiran pula, kawasan perumahan kat sini sunyi la... tak macam di malaysia... mula2 pelik juga... tapi maybe sebab duduk di kawasan rumah orang2 yang telah bersara kot... ;) Sebut pula tentang orang2 tua... Teringat atas bas... Tak yah nak adakan iklan budi bahasa budaya kita pun... Cukup dengan papan notis yang ada di bas2... Beri tempat duduk bg orang tua, OKU atau pun pregnancy woman... Dah byk kali tgk ini berlaku.. Mereka bangun dgn sendirinya apabila melihat org2 yang lemah ini naik ke atas bas..

Dryer: Jika perlu jemur di dalam rumah pun bau sabun tidaklah seteruk disini... Adakah itu bermakna sabun di Malaysia kurang berkualiti? Entahlah labu...

Bunyi: rumah malaysia guna batu apa ek? Sini rumah pasang siap... Ada kaitan ke?

Kawasan perumahan: jarang ada kawasan perumahan orang2 tua di malaysia kerana mereka di kampung, benarkah?

Beri tempat duduk: Ni takyah nak cakaplah di Malaysia, tgk iklan pun boleh faham...

Read more...

listen

fav

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP